Showing posts with label Media Sosial. Show all posts
Showing posts with label Media Sosial. Show all posts

Doktor Ini Dedahkan Bahaya Guna Gelas Di Dalam Bilik Hotel Yang Ramai Tidak Tahu



Kepada sesiapa yang sering tidur di bilik hotel, 5 perkara penting ini patut anda tahu semasa berada di bilik hotel. Ianya nampak biasa tetapi masih ramai yang tidak tahu. Paling utama adalah jangan gunakan gelas di dalam bilik hotel.

Kenapa tidak boleh gunakan gelas di bilik hotel? Ikuti kisah yang dikongsi oleh seorang doktor ini. Alasanya sangat logik dan patut kita terima.

KISAH INI DIKONGSI OLEH DR ZUBAIDI HJ AHMAD

Saya pernah bawa cerek untuk masak air mineral yang saya beli di kedai berhampiran, ketika menginap di hotel 5 bintang. Sehingga rakan-rakan menggelarkan saya “doktor terlampau”.

Tapi cuba tips berikut ketika berada di hotel.

5 RAHSIA DI BILIK HOTEL YANG ANDA PATUT TAHU

Anda minum air dari gelas bilik hotel? Eiii … Pengotornya !

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka.

Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja.

Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.

Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.

Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.

Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.

Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak atau ibu mengandung yang cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.

Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah dengan staff high-class berbahasa Inggeris seperti di Kuala Lumpur.

Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.

Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air mineral untuk minum.

Sekian.

UPDATE TERKINI! Lelaki Terjun Jambatan Berjaya Diselamatkan Oleh Nelayan ?


UPDATE TERKINI! Info yang mula tersebar di group whatsapp mengatakan lelaki yang cuba untuk bunuh diri ini berjaya diselamatkan oleh kaki pancing yang memancing di bawah jambatan. Namun kesahihan berita ini belum diketahui. Mohon rakyat Malaysia mendoakan supaya lelaki ini selamat dan gagal untuk bunuh diri.






Kredit: http://friscomedia.blogspot.com

Berhati-Hati Dengan Lelaki Berjaket Belang² Ini Di 1Borneo Mall (Mohon Sebarkan!)


Malam Sabtu lalu sekitar jam 9.30 malam, saya dan Clarice nak pergi tengok wayang di 1 Borneo. Jadi, kami bercadang untuk menggunakan lif berhampiran restoran Secret Recipe. Bila lif terbuka, kelihatan ramai lelaki di dalamnya, lalu kami batalkan hasrat untuk memasuki lif tersebut dan menunggu lif yang seterusnya.

Apabila pintu lif terbuka, barulah kami masuk dan waktu itu saya perasan ada seorang lelaki di depan saya seperti lelaki yang berada di lif pertama tadi. Tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa. Namun, saya sedar lelaki itu memerhatikan saya. Mungkin dia terkesima melihat eyeshadow kami yang agak menarik perhatian. Cara dia memerhatikan kami pula bukannya bersembunyi tetapi memandang tepat ke arah kami. Saya abaikan saja dan terus bersembang dengan rakan. 

Keluar saja di tingkat satu (panggung wayang di tingkat dua), baru saja beberapa langkah, saya terus berhenti. 

"Eh? Betul ke sini?" 

Pada masa itulah saya perasan yang lelaki itu ada di belakang kami dan dia juga berhenti dan terkejut apabila menyedari yang kami perasan akan kehadirannya itu. Kami berpandangan seketika. Tak sedap hati, saya terus bawa Clare naik eskalator dan memberitahu dia bahawa lelaki itu mengekori kami. Sampai di tingkat dua, lelaki itu masih juga mengekori kami. 

Kami melangkah dengan pantas ke panggung wayang dan berhenti seketika di depan pintu masuk untuk memastikan sama ada kami benar-benar diekori lelaki tadi. Ternyata benar, lelaki itu masih mengekori dan menuju ke arah kami dan merenung tepat ke arah kami. 

"Hello sayang, di mana sekarang? Oh, di panggung dah? Sayang sama Malik kan? Bah, kami tunggu di sini, di pintu. Cepatlah, wayang dah nak mula ni," spontan saya berpura-pura menelefon teman lelaki. Entah kenapa pula nama Malik yang dipetik, mungkin terbayang akan Malik Noor pada ketika itu. 

Lelaki itu cemas, lalu beratur mengikut sekumpulan orang yang tengah masuk. tetapi dia tidak pergi ke hall, sebaliknya dia menunggu di eskalator dan kembali memandang kami. Mungkin dia mahu menunggu kami masuk dan seterusnya mengekori kami lagi. Nampak sangat dia sudah menyasarkan kami. 

Kemudian, kakitangan yang bertugas menyedari lelaki itu masuk tanpa tiket, disuruh beredar. Entah apa alasan dia pada ketika itu. Lelaki itu masih lagi memandang kami dan kali ini dia seperti mahu mendekati kami. Apa lagi, kami segera masuk dan scan barcode tiket dan berjalan laju. Lelaki itu juga pantas mengekori kami. 

Kami yang ketakutan, tak jadi teruskan perjalanan. Lalu berpatah balik ke tempat kakitangan yang bertugas menjaga tiket tadi.

Ada tiga kakitangan yang bertugas, mereka tanya kami hall berapa. Saya terus memberitahu bahawa ada lelaki yang sedang mengekori kami. Dalam masa yang sama, salah seorang daripada mereka bertiga perasan yang lelaki itu cuba masuk tanpa tiket buat kali kedua. 

"Mana tiket?" soal kakitangan berkenaan. 

Lelaki itu terus menunjuk-nunjuk ke arah kami kononnya dia bersama kami. 

"Dia datang bersama awak berdua? Berapa banyak tiket awak?" soal kakitangan berkenaan. 

"Bukan! Dari bawah tadi lelaki ini telah mengekori kami," jelas saya yang kemudian menceritakan apa yang berlaku sebelum itu. 

"Kau mengekori mereka berdua ke?" soal kakitangan berkenaan. 

Tanpa menjawab persoalan itu, lelaki berkenaan terus beredar. saya cuba merakam gambarnya namun tidak sempat sebab tangan saya sudah menggigil ketakutan pada ketika itu. 

saya tak tahu apa motif lelaki ini sama ada dia mahu menyamun atau merompak bagai. Saya bimbang jika dia tiba-tiba mengeluarkan pisau dan melakukan sesuatu yang tidak diingini. Tambahan pula orangnya nampak seperti psiko. 

Oleh kerana bimbang dengan keselamatan diri, tiga kakitangan berkenaan menasihatkan kami untuk terus masuk ke panggung dan apabila selesai, kembali semula pada mereka dan mereka akan escort kami pulang ke hotel. 

Terima kasih buat tiga kakitangan GSC 1 Borneo. Maaf, saya tak tahu nama awak bertiga. Tetapi mereka banyak membantu dan memastikan kami selamat sampai ke hotel meskipun itu di luar tanggungjawab mereka. Terima kasih sekali lagi. 

Kepada pihak pengurusan 1Borneo, anda perlu melakukan sesuatu berkenaan hal ini. Menurut netizen yang lain, kejadian ini bukan pertama kali berlaku di 1Borneo. Mohon pertingkatkan lagi kawalan keselamatan seperti menempatkan setiap pengawal keselamatan di setiap tingkat untuk membuatkan pengunjung berasa lebih selesa, selain membuatkan penjenayah takut untuk melakukan perkara yang tidak baik. 

Sebelum ini saya selalu berkunjung ke 1Borneo, namun selepas kejadian ini saya rasa agak kurang selamat berkunjung ke situ melainkan saya ada pengawal keselamatan peribadi seperti Malek Noor. 

Tolonglah 1Borneo, lakukan sesuatu. Jika anda perlukan pengesahan mengenai apa yang berlaku pada saya ini, anda boleh semak rakaman CCTV.

Kawan-kawan semua, berhati-hatilah. - Diana Nabila

Sumber: The Reporter

Lihat Komen "Makian" Netizen Lepas Fafau Buat Kenyataan "Fattah Bukan Taste Neelofa" !


Sejak kebelakangan ini, gosip percintaan Neelofa dan Fattah Amin memang menjadi bualan ramai bukan? Malah, ia mendapat perhatian bekas penyampai radio popular, Fara Fauzana ketika menghadiri program MeleTOP semalam.

Fafau ada mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “ Saya kenal Neelofa dan Fattah bukan taste dia” dan kemudian berpelukan dengan Neelofa.

Rata-rata netizen yang menonton rancangan itu semalam merasa kurang senang dengan kenyataan Fafau apatah lagi ia menerusi program yang disiarkan secara langsung.
Menurut netizen, Fafau seakan memalukan dan mempersendakan Fattah.
Ada juga yang menyarankan agar Fafau membuat permohonan maaf terhadap Fattah.



Mungkin Fafau tidak berniat untuk memalukan Fattah Amin. Apa-apa pun, harap ini dapat memberikan pengajaran buat Fafau di masa hadapan agar tidak menimbulkan salah faham.
Kredit: beritapremium.com

Status Facebook Terakhir Seorang Lelaki Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang - Tertekan Dengan Kos Sara Hidup Di Malaysia



Seorang lelaki telah menulis satu status panjang terakhir di Facebook sebelum terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang. Lelaki itu, Mohd Shukri Saad, 39, mendakwa tertekan dengan kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia dan menganggap Malaysia dipimpin kerajaan yang zalim.

Lelaki itu meminta maaf dari isteri dan anak-anaknya berulang kali dan mendakwa dia tidak mempunyai pilihan lain setelah berlaku rentetan peristiwa dalam hidupnya yang membuat dia memilih ungtuk membunuh diri. Baca tulisan Shukri di FB nya dibawah:

Asalamualaikum, teman dan sahabat dan terutama buat isteriku anak-anak dan keluarga tersayang.

Ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yang kulakukan ini tak pernah terlintas untuk ku lakukan.

Diharap janganlah orang ramai kecam dan hina isteri anak-anak dan keluargaku.

Ku amat tertekan dengan kerajaan yang zalim. Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan. Ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012 . Baru sekarang naik makamah.

Tarikh naik mahkamah kelmarin, tetapi ditunda hari ini. Bulan Ogos yang lepas aku dah kena kes yang sama iaitu juak rokok murah, yang nilainya RM 200.

Aku hampir direman semingu dan mujurlah ada surat kematian anakku yang ketiga. Ku dikenakan jaminan RM 3,000. Kena bulan Februari naik mahkamah, bulan Ogos dan dihukum RM 4,000 atau empat bulan penjara.

Aku langsaikan RM 4,000 dan duit pun jenuh hutang kawan. Ya,aku mengaku salah, perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.

Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Beniaga kedai runcit kampung saja bukan untung besar pun. Margin cukup nipis dibebani dengan GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim.

Hari ini aku mengambil keputusan untuk tidak pergi Mahkamah kerana aku dah tak punya duit. Banyak bebanan aku nak tanggung. Dan aku tak sanggup dipenjarakan.

Dengan ini aku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi. Aku akan tamatkan riwayat aku, kerana banyak kali aku bermimpi lemas di lautan.

Aku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hamba-nya yang terpilih. Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia walau aku nanti akan dikecam dan dihina.

Dan ku pohon simpati orang ramai nanti ambillah berat tentang anak-anakku.

Aku tak sangup berpisah namun ku tiada pilihan. Kenangilah mereka sebagai anak pengorbanan.

Untuk isteriku Nur Azianti maafkanlah Abang kerana banyak buat Azian susah hati kerana kes rokok ini. Nanti pilihlah pengganti yang sayang Azian dan anak-anak sepenuh hati.

Untuk anak saudara ku Hadi Radzi jagalah Tok elok-elok. Untuk kakak aku Nor Aini dan abang ipar ku Zamri Mat Ishak teruskanlah jaga kedai dan kalau tak mampu juallah pada yang berminat.

Pada yang ada hutang kat aku, aku halalkan. Dan yang aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan Mohd Naim boleh jumpa Kakak aku nanti dia tolong langsaikan sedikit-sedikit.

Ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar orang yang senasib tidak lagi dikenakan hukuman macam ini. Jual rokok murah saja pun bukan balas berjuta wang ringgit. Aku tiada pilihan wahai rakyat Malaysia. Semalaman aku tak lena. Tetapi ku tiada pilihan.

Maafkan Abah, Ariq dan Safia. Jagalah ibu elok-elok bila besar nanti. Maafkan saya, mak (Makteh Bibah)

Chek tak ada pilihan. Maafkan saya.

Maafkan saya. Saya tak sanggup dipenjara. Untuk isteriku, Abang amat menyayangimu sayang, tetapi Abang bukan yang terbaik. Carilah yang terbaik nanti, demi sayang dan anak-anak.

Dan untuk adik-beradikku yang lain peliharalah Mak Tg dah 78 tahun. Baliklah jenguk dia. Jangan biar dia menangis sendirian kerana rindukan anaknya yang jarang balik.

Sekian. Sekali lagi maafkan Abah. Maafkan Abang, Sayang. Maafkan Chek, mak.

Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit . Mula ku pilih untuk dipenjara tetapi terkenang kan anak nanti digelar anak banduan.

Ya Allah ampuni dosaku, ya Allah. Aku tahu kau memahami dan maha mengampun.

Aku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim.

Dan yang terakhir buat presiden PAS janganlah tertipu dengan pimpinan UMNO. Depa wayang saja kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.

Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawa itu.

Ashaduanlailahailallah. Waashaduannamurhadan Rasulullah.

Maafkan aku.







Sumber: Info Kemalangan & Bencana Malaysia 

Remaja Persis Aaron Aziz Kutuk Insiden Kebakaran HSA, Korang Tengok Apa Dia Kata !



MEMANG bukan suatu perkara yang baharu apabila terjadinya sesuatu bencana di Malaysia pasti kedengaran status-status kurang matang dikongsikan oleh remaja kita menerusi media sosial.

Kali ini, status yang dimuat naik oleh seorang remaja dengan wajahnya seiras aktor Aaron Aziz yang bukan sahaja tidak matang, malah boleh dikatakan melampau.

Menurut remaja itu, kejadian kebakaran yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada pagi ini merupakan suatu bala atau malapetaka.

“Bukan nak cakap mulut jahat tapi tu la bila dah terlalu riak dan angkuh, Allah dah tunjukkan satu persatu lepas kalah AFC dan sekarang yang ini (hospital terbakar) pulak.

“Sesungguhnya Allah membenci golongan yang riak dan angkuh ni sehingga Allah kirimkan satu bala ke atasnya,” tulis netizen itu.



Dia turut mengatakan konon punca kekalahan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di tangan sebuah kelab dari negara India ketika Piala AFC baru-baru ini adalah disebabkan sikap angkuh sesetengah ‘Bangsa Johor’.

Nampak benar ada rasa tidak puas yang membuak di jiwanya.

Hakikatnya, status pemuda ini bukan sahaja tidak menghormati jenazah dan keluarga arwah, malah menunjukkan tahap mentaliti yang gamaknya gemar ‘menunggang agama’ di kala melihat kesusahan dan kesedihan yang dihadapi oleh orang lain.

Biarpun niatnya mungkin ingin mengingatkan orang ramai, namun apabila berkait dengan kematian, ia bukan lagi urusan kita dan setidak-tidaknya pasti ada lagi perkara yang indah dan sedap untuk diungkapkan.

Bukannya seperti status yang jelas menonjolkan ciri-ciri seorang ‘ustaz segera’ yang tidak prihatin menerusi laman sosial.

Baca juga:

Harap pemuda ini sedar dan tampil memohon maaf kepada semua pihak – MYNEWSHUB.CC

(4 Gambar) Che Ta Tak Kisah "Upload" Gambar Anak Perempuan Seksi

Zaman Sekarang ini memang sangat menakutkan. Boleh dikatakan orang-orang di sekeliling anda memiliki sifat gila sex atau  mudah tergoda kepada sesuatu. Walaupun anak rozita che wan ini masih lagi budak-budak namun dengan berita semasa yang mengejutkan tentang kes rogol melibatkan anak-anak menyebabkan masyarakat kini lebih berhati-hati.



Namun berbeza dengan Rozita Che Wan yang bergitu selesa tayang badan anak sendiri ,,,,



Kredit: beritapremium.com

Komen Kazar Isu Aidil Aziz Yang Terlibat Dengan Ganja, Pasti Ramai Yang Sebak !

Kalau ada perasan, Kazar adalah antara Pelakon yang ikut sama-sama semasa Aidil Aziz di hadapkan di mahkahmah... Bahkan kehadirannya Kazar sedikit sebanyak memberikan semangat kepada pelakon lelaki tersebut...



Menerusi akaun Instagram Aidil Aziz yang sudah tidak berupdate selama sebulan nampaknya di banjiri pelbagai komen daripada Nitezen. Ada yang memberi semangat dan mengharapkan Aidil Aziz hanyalah mangsa keadaan, Dan ada yang mendoakan Aidil Aziz di ke tali gantung..

Kazar atau nama sebenarnya Kazar Sais membalas kata-kata nista daripada Nitezen..

Beratus dan mungkin akan jadi beribu komen utk kes yg belum pun masuk mahkamah utk dibicara...hanya puluh dan ratusan kecil sahaja komen yg hamba Allah ini dpt pada setiap post kebajikan selama dia berkhidmat sebagai penghibur... rata2 yg komen pedas adalah mereka2 yg tidak pernah mengenali dia sebelum ini... adakah kamu hidup didunia ini hanya utk menunggu org lain melakukan kesilapan... kenapa tidak kamu cungkil kebaikan2 mereka itu...kpd kamu2 ini...tolong update kpd dunia laluan kehidupan kamu selepas ini...sy sendiri amat teringin nk tau apa kesudahan episod dlm hidup kamu...kerana dlm drama atau movie setiap watak jahat akan kecundang akhirnya...apa mungkin dlm reality kamu akan menjadi manusia paling mulia...yg saya tahu Allah tidak mempunyai sifat2 pembenci seperti kamu...adakah kita rasa kita lebih hebat dariNya sehingga kita sanggup memperaktikkan sifat2 keji itu.. mudah mudahan kita semua terselamat dari kemurkaan 

Dirogol Ketika Balik Kerja, Gadis Ini Hanya Sedar Dirinya Hamil Setelah Usia Kandungan 25 Minggu



Zaman sekarang, anak gadis zaman perlu berdikari dan keluar rumah untuk mencari rezeki atau menuntut ilmu. Perkara itu tidak salah. Yang merisaukan adalah keselamatan mereka di luar rumah, terutamanya apabila terpaksa pulang lewat malam bersendirian selepas tamat kerja.
Ini kisah salah seorang pelatih di rumah pelindungan Baitus Solehah yang hamil luar nikah akibat diperkosa. Lantaran sifatnya yang polos dan lurus bendul, dia hanya mendiamkan diri tanpa membuat laporan. Moga kisah ini menjadi pengajaran untuk mendidik anak gadis kita lebih peka dan berani bersuara jika terjadi hal seperti ini, selain berjaga-jaga sebelum malang datang menimpa!

Ditarik Ke Dalam Semak!



Elakkan Balik Lewat Malam



Fikirkan Sebelum Lepaskan Anak Perempuan Bekerja…



Sumber: Baitus Solehah
Kredit: beritapremium.com

Bandingkan Dana Hospital Dengan Peruntukan Padang JDT, Ini Respon Paling ‘Win’ Tunku Idris



Seluruh negara masih lagi bersedih dengan insiden kebakaran wad kecemasan yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Apatah lagi apabila ada nyawa yang terkorban dalam tragedi tersebut.

Golongan diraja negeri Johor turut terkesan dengan tragedi yang menimpa rakyat negeri itu. Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris melahirkan takziah kepada keluarga mangsa disamping mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital, pihak bomba dan mereka yang terlibat dalam usaha menyelamatkan mangsa dan memindahkan pesakit. Ucapan tersebut disampaikan melalui satu post yang dimuatnaik ke laman Instagram baginda.

Ucapan Takziah Tunku Idris…




Bandingkan Peruntukan JDT Dengan Hospital…




Dalam banyak-banyak komen sokongan yang ditinggalkan di post Tunku Idris tersebut, terdapat individu yang membandingkan HSA dengan hospital kerajaan di negara jiran serta mengaitkan dengan persoalan membina padang JDT yang menelan kos berjuta ribu ringgit. Komen tersebut telah mendapat perhatian Tunku Idris dan dibalas oleh baginda sendiri.


Tunku Idris menggesa individu tersebut supaya membuat research sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Baginda menjelaskan bahawa hospital terletak dibawah tanggunhg jawab kerajaan Malaysia. Menurut baginda lagi, dana untuk JDT dan hospital adalah dua perkara yang betul-betul berbeza. Boom! Free-free kena ‘sekolahkan’ dengan Tunku Idris.

Rakyat Jelata Sokong Tunku Idris !












Wad Diraja Untuk Pesakit Yang Terpaksa Dialihkan…





Selain itu, rakyat turut berterima kasih dengan titah Sultan Johor yang memberi kebenaran untuk menggunakan wad Diraja bagi para pesakit yang terpaksa dialihkan. Alhamdulillah!

Baca juga:



Sumber: Instagram Tunku Idris, Twitter Johor Southern Tigers & Ohbulan.com